Tuesday, 2 June 2015

| Laman Utama | RahsiaInternet.com | IrfanKhairi.com | Program Affiliate | Anda tercari-cari jawapan kepada "Bagaimana hendak jadi kaya?" Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan 8 Mentor Jutawan Malaysia! Kini, mentor usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan STRATEGI SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat! Ikuti transkripsi penuh temubual Irfan Khairi bersama ikon & mentor jutawan Malaysia... Dari: Irfan Khairi Lokasi: Kuala Lumpur Memang tidak dapat dinafikan lagi, kelapan-lapan jutawan ini tahu segala rahsia, tip, strategi, teknik dan minda bagaimana hendak menjana berjuta ringgit! Apakah harga satu ilmu yang boleh diperturunkan oleh satu jutawan kepada anda untuk kejayaan anda? Berapa banyak wang yang anda boleh perolehi sekiranya anda ketahui rahsia kelapan-lapan mentor jutawan ini? Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor! Azizi Ali, Jurulatih jutawan Chef Li (Dato' Dr Rusly), Jutawan Senyap Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM) Billi Lim, Jutawan Berani Gagal Dato’ Hussamuddin, Pengasas Kumpulan Karangkraf Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapura Irfan Khairi, Jutawan Internet Bayangkan anda boleh duduk bersemuka dengan kesemua ikon jutawan ini dan mereka mendedahkan mutiara-mutiara ilmu satu demi satu kepada anda! Bayangkan setiap jutawan ini membantu anda meledakkan pendapatan anda- hanya satu kunci yang disampaikan boleh melipatkali gandakan pendapatan anda. Tetapi, di sini, anda akan memperolehi seratus satu kunci kejayaan! Apa yang dapat saya katakan, WOW!!!! really amazing… memang hebat! Saya seorang hamba Allah yang paling susah untuk membaca buku-buku ilmiah. Melainkan betul-betul ada ransangan lain yang membuat saya nak baca, seperti buku-buku Irfan Khairi dan Dr. Fadzilah Kamsah. Tetapi ebook ni memang buat saya teruja sangat-sangat… First time baca buku siap ada buku catatan dan pen yang langsung tak lepas tangan…ikut hati nak catat setiap word. Sebab setiap perkataan memberi makna yang sangat-sangat hebat. Rugi sangat-sangat pada mereka yang tak beli. Bukan senang nak dapat pendapat dan pandangan peribadi daripada mereka yang dah sangat berjaya. Kepada IK, krew & 7 lagi jutawan hebat, saya seikhlas hati ucapkan tahniah dan berbanyak terima kasih…seronok baca cerita dan pengalaman anda…terima kasih sangat-sangat. Assalamualikum. Siti Rahmah Hj Mustafa Dungun Terngganu Setiap ikon jutawan yang berkongsikan ilmu di dalam ebook ini telah terbukti kejayaan mereka di mata masyarakat. Strategi-strategi yang mereka gunakan adalah strategi jutawan-jutawan seluruh dunia, bermula daripada zero, sehingga menjadi hero. Dalam Mentor Jutawan, saya menemubual 7 ikon jutawan selama 30-90 minit di rancangan radio saya "Jutawan! bersama Irfan Khairi" di Radio24. Setiap soalan ditanya secara direct untuk mengetahui rahsia-rahsia kejayaan mereka tanpa berselindung. Oleh kerana temubual dilakukan secara langsung, ia bagaikan memaksa setiap jutawan mendedahkan rahsia mereka secara telus! Ebook Mentor Jutawan di WW saluran Astro Awani Irfan Khairi & Dangsuria membincangkan tentang Mentor Jutawan di Astro Awani Mentor Jutawan Versi Ebook Irfan Khairi Menjelaskan 7 Perbezaan Minda Kaya & Minda Miskin di Astro Awani Sekiranya anda mengikuti perkembangan blog saya di IrfanKhairi.com, anda akan tahu bahawa saya mengambil masa yang lama dalam mendekatkan diri dengan orang ramai sejak tahun 2006 lagi. Tujuan adalah untuk memahami apakah masalah & soalan yang sering ingin ditanya kepada para jutawan. Soalan yang saya tanya kepada mentor jutawan direka khas untuk menjawab soalan-soalan yang berlegar-legar di kepala anda. Ada juga soalan yang membuatkan mentor jutawan itu sendiri terkejut oleh kerana tidak pernah ditanya oleh sesiapa sebelum ini! Semuanya untuk saya pastikan dapat segala kunci dan strategi mereka untuk menjadi kaya didedahkan on the spot. Setelah saya membaca Ebook ni, saya merasakan Ebook ini adalah wajib bagi anda yang mahu berjaya dan menjadi Jutawan kerana ingatlah resepi untuk berjaya menjadi jutawan adalah berguru dengan jutawan itu sendiri, jadi dapatkan Ebook ini yang sarat dengan info, tips dan strategi secara terus daripada bukan 1 tapi 8 mentor jutawan dalam ebook ini. Ebook ini ibarat gedung ilmu jutawan-jutawan Malaysia yang tidak ternilai harganya dan boleh dijadikan panduan buat kita pada setiap masa. Saya merasakan Irfan telah meletakkan harga yang terlalu murah jika dibandingkan dengan ilmu yang ada dalam ebook ini, mungkin di sebabkan Irfan sememangnya hendak berkongsi dengan anda semua. Jadi pintu ke arah kejayaan sudah berada di depan anda, cuma anda yang tentukan sama ada untuk membuka atau tidak pintu tersebut. Terima kasih kepada Irfan Khairi kerana menghasilkan ebook ini. Hapiz Rajali http://www.hapizrajali.com Setiap kali berdepan dengan mentor jutawan, saya meletakkan diri saya dalam keadaan anda. Apa yang anda ingin tahu daripada jutawan-jutawan ini? Ini untuk memastikan anda dapat segala jawapan yang diperlukan dalam jangkamasa yang telah di tetapkan program. Ramai yang telah bermanfaat daripada ebook ini dan sering ianya mendapat pujian daripada pembaca! Pada mulanya saya teragak-agak untuk membeli buku Mentor Jutawan. Saya fikir, mungkin isi kandungannya tidak jauh berbeza daripada buku-buku lain yang pernah saya baca. Tetapi sebaik sahaja membaca buku ini, persepsi saya mula berubah. Buku ini memang berbeza. Mungkin kerana di sebabkan ia adalah transkripsi interview, saya dapat rasakan seolah-olah buku ini “hidup”. Sebagai contoh, sewaktu membaca Bicarawara Dato’ Dr Fadzilah Kamsah. Terngiang-ngiang suara Dato’ sehinggakan beberapa kali saya ketawa sendirian.(Nasib baik orang tak nampak! Kalau tidak, mungkin saya di cap gila sebab ketawa sorang-sorang). Selain itu, ada banyak (sebenarnya terlalu banyak) mutiara kata, azimat dan highlights daripada mereka, yang perlu kita ambil iktibar dan boleh diaplikasikan dalam perniagaan. Adakalanya saya rasa benda yang disebutkan itu macam perkara biasa sahaja. Tapi, rupa-rupanya...perkara itulah yang kita tidak boleh terlepas pandang jika mahu berjaya dalam perniagaan. Apa yang boleh saya simpulkan, pelaburan untuk buku ini memang berbaloi. Harganya sangat murah jika hendak dibandingkan dengan nilai yang akan diperolehi selepas membaca buku ini. Percayalah, anda tidak akan rugi kerana memilikinya. Tetapi anda mungkin akan rugi, jika anda tidak memilikinya. Ikhlas, Amalia Ruslan http://www.MajlisImpian.com Anda akan pelajari 101 kunci, strategi dan prinsip mentor jutawan daripada mentor jutawan popular Malaysia termasuk... Mentor Jutawan #1: Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah Pakar motivasi #1 Malaysia, Dato' Dr Fadzilah Kamsah tidak lagi perlu diperkenalkan. Telah mengendalikan lebih daripada 7000 ceramah motivasi. Dalam Mentor Jutawan, beliau mendedahkan strategi-strategi bagaimana anda boleh menjadi seorang usahawan yang cemerlang. Dato' Dr Fadzilah Kamsah memberi petua-petua hebat berteraskan contoh moden dan contoh Islamiah tentang minda seorang Jutawan. Dato' Dr Fadzilah Kamsah mendedahkan: kisahnya yang tidak mendapat sokongan bapa apabila ingin memulakan perniagaan! rahsia kejayaan beliau dalam bidang motivasi! walaupun 9/10 rezeki datangnya dalam perniagaan, tetapi apakah penyebab 9/10 perniagaan gagal! rahsia dalam menggandakan ilmu di dalam diri sendiri cara menjadikan stress suatu yang positif! ... dan banyak lagi! "Seseorang yang ingin cemerlang dalam apa jua bidang pun mesti ada guru dan mesti berguru. Dan ini yang orang kadang-kadang terlepas pandang" - Dato’ Dr Fadzilah Kamsah Mentor Jutawan #2: Azizi Ali Jurulatih Jutawan Pakar kewangan #1 Malaysia, Azizi Ali mendedahkan apa yang diperlukan untuk menjadi jutawan. Jurulatih jutawan telah melahirkan ramai jutawan melalui buku-buku dan juga seminarnya. Penulis buku terlaris termasuk, Jutawan dari planet Jupiter dan Lahirnya seorang Jutawan. Azizi Ali mendedahkan apa yang diperlukan untuk menjadi seorang jutawan ekstrem! Antara topik yang di dedahkan: apa satu perkara yang dilakukannya setelah perniagaan pertamanya gagal yang menjaminkan kejayaan perniagaan seterusnya? bagaimana untuk memastikan lagi banyak wang kita dapat, tidak menjadi lagi banyak wang dibelanja? 5 kunci menjadi jutawan ekstrem faktor No #1 penting sebelum memulakan perniagaan! bagaimana menggandakan pendapatan anda cara jutawan-jutawan lakukan! ... dan banyak lagi! "Lalu terjumpa satu formula kejayaan di mana lebih banyak buku yang saya baca, maka saya bertambah kaya" - Azizi Ali Mentor Jutawan #3: Dato' Dr Rusly B Abdullah (Chef Li) Jutawan Senyap Penulis buku trilogi terkenal, "Jutawan Senyap", Chef Li mendedahkan rahsia untuk menjadi jutawan bidang masakan (food & beverage). Pengasas Institut Kulinari Anjung Seri, Chef Li bukan sahaja pakar dalam bidang masakan, tetapi, beliau telah melahirkan ramai usahawan-usahawan bidang masakan. Antara topik yang di dedahkan: apa yang membuat Chef Li memulakan perniagaan gerai dan berhenti kerja sebagai pegawai bank bergaji besar? tentunya langkah beliau dikritik oleh keluarga dan kenalan- apa yang dilakukannya? masakan yang sedap tidak menjaminkan perniagaan makanan anda berjaya! Ketahui prinsip 3C perniagaan makanan margin untung lebih 100%! apakah maksudnya formula kejayaan Chef Li TNS x L? teknik di mana walaupun perniagaan kecil- cara ini menjaminkan anda untuk menjadi jutawan! ... dan banyak lagi! "Jadi apabila kita jumpa dengan idola yang tepat, kita akan mendapat nasihat-nasihat yang positif" -Chef Li Mentor Jutawan #4: Dato' Dr Azman Ching Jutawan MLM Jutawan MLM terkemuka, Dato' Dr Azman Ching mendedahkan kisah perit jerihnya, bagaimana daripada zero, menjadi seorang hero. Pakar motivasi dan juga usahawan yang disegani, Dato Dr Azman Ching mendedahkan rahsianya bagaimana beliau menjadi jutawan MLM dengan lebih 250,000 orang downline! Antara topik yang didedahkan: pentingnya komunikasi dalam perniagaan dan bagaimana sekiranya anda yang pemalu juga boleh hebat dalam komunikasi! rahsia menjadi hebat dalam MLM Teknik "Doktor dalam peperangan" yang pasti akan melipatkali gandakan prospek anda! strategi A-B-C dalam mendapatkan downline pada bila-bila masa sahaja, tidak kira keadaan kewangan anda! formula kekayaan Azman Ching = K-A-S-H ... dan banyak lagi! "Apa yang paling penting adalah setelah kita miliki segala-galanya, maka satu lagi yang kita beri adalah kepada masyarakat" -Dato' Dr Azman Ching Mentor Jutawan #5: Billi Lim Jutawan berani gagal Jutawan yang berani gagal, World's No #1 Failure Guru, Billi Lim. Sejak kecil, dalam hubungan kekeluargaan, beliau gagal. Dalam pendidikan, beliau gagal. Dalam cinta, beliau gagal. Dalam perniagaan beliau gagal. Sehingga Billi jumpa formula berani gagal! Kini Billi Lim merupakan penulis dan speaker yang terkenal dengan gayanya tersendiri memberi fokus bahawa kegagalan adalah batu loncatan untuk berjaya. Antara topik yang didedahkan: kisahnya yang gagal dalam segala-galanya! bagaimana ubahkan kegagalan menjadi kejayaan menjadi gembira tidak memerlukan syarat- rahsia berfikiran positif! cara menghilangkan perasaan takut pada rejection dan bagaimana mengurangkan rejection! apakah yang dimaksudkan dengan X-Factor di mana semua jutawan perlu ada? ... dan banyak lagi! "Sekarang, jika kita tidak ambil risiko dan berani, kita tidak boleh jadi kaya. Tidak boleh menjadi jutawan kerana peluang adalah lebih banyak daripada dulu" - Billi Lim Mentor Jutawan #6: Dato' Hussamuddin Yaacob Pengasas Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd Karangkraf kini merupakan pengeluar majalah terbesar di Malaysia. Juga, merupakan syarikat percetakan terbesar di Malaysia. Apakah rahsia Dato' Hussamuddin yang lahirnya dalam keluarga yang memiliki sebuah kedai majalah (teramat kecil), dan kini memiliki syarikat penerbitan terbesar di Malaysia? Antara topik yang didedahkan: kisah Dato' Hussamuddin daripada kedai majalah kecil, menjadi penerbit terbesar di Malaysia! rahsia memupuk persekitaran kerja yang hebat kesilapan utama yang kritikal ramai usahawan-usahawan lakukan! rahsia perniagaan, walaupun sekiranya tiada permintaan! mindset jutawan ... dan banyak lagi! "Saya fikir walaupun saya miskin, saya mesti berikhtiar untuk berjaya. Dan untuk berjaya mesti melalui perniagaan" - Dato' Hussamuddin Mentor Jutawan #7: Abang Abu Usahawan Jutawan Abang Abu adalah motivator kewangan terkenal di Singapura! Seorang usahawan, motivator dan juga ikon TV Singapura, Abang Abu mendedahkan rahsianya menjadi jutawan pada umur 26 tahun. Bagaimana seorang insan ini yang melalui satu kemalangan yang ngeri yang telah meragut nyawa kedua ibu bapanya dan hampir mengambil nyawanya juga, telah bangun dan menentang arus dan menjadi seorang jutawan? Kisah inspirasi yang pasti akan menyuntik semangat anda serta strategi kewangan yang didedahkan di seminar terlarisnya di Singapura! Antara topik yang didedahkan: bagaimana Abang Abu bangun daripada tragedi kemalangan yang meragut nyawa kedua ibu bapanya sehingga menjadi seorang jutawan pada umur 26 tahun? kata Abang Abu, semua orang yang ingin berjaya memerlukan PHD! mencapai matlamat semudah A-B-C-D 6 Peringkat penting bebas kewangan Cara INVEST dalam perniagaan mengapa memilih rumah kedai sebagai pelaburan dan bukan rumah? 8 Langkah untuk jadi kaya... raya ... dan banyak lagi! "Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda" - Abang Abu Mentor Jutawan #8: Irfan Khairi Jutawan Internet Peneraju program "Jutawan", Irfan Khairi mendedahkan rahsia kejayaannya. Apa yang dilakukan oleh pemuda ini untuk menjadi jutawan? Bagaimana beliau perlu bekerja sebagai seorang tukang cuci pasaraya dan tandas selama 2 tahun untuk mengumpul wang membeli buku motivasi dan ceramah motivasi? Namun, kesemuanya telah memberi pulangan beribu kali ganda. Ketahui tips dan strategi Irfan Khairi, jutawan Internet kita! Antara topik yang didedahkan: apa yang memotivasikan Irfan Khairi ingin jadi jutawan ketika berumur 18 tahun? untuk mencapai matlamat, Irfan Khairi terpaksa bekerja sebagai tukang cuci tandas selama dua tahun. Mengapa? satu-satunya formula untuk berjaya yang di akui oleh kesemua ikon jutawan 2 kaedah promosi perniagaan Internet Irfan Khairi yang mengubahkan keadaan dari 3 pelanggan setahun kepada 3 pelanggan setiap hari! strategi membaca 100 buah buku dengan hanya meluangkan 1 jam sehari! ... dan banyak lagi! "Apa yang kita capai tahun depan, atau lima tahun akan datang, atau sepuluh tahun akan datang adalah berdasarkan pilihan dan keputusan yang kita lakukan hari ini" -Irfan Khairi Mentor Jutawan memuatkan kisah suka & duka, kisah kegagalan, kisah inspirasi, tip-tip untuk meniti kejayaan, strategi perniagaan & kewangan dan banyak lagi dalam membantu anda mencapai kecemerlangan dalam bidang kewangan. Sekiranya anda ingin menjadi seorang doktor pakar, anda perlu belajar di Medical School. Sekiranya anda ingin belajar perniagaan, anda perlu belajar di Business School. Tetapi, sekiranya anda ingin menjadi jutawan, anda memerlukan mentor-mentor Jutawan! Keratan Mentor Jutawan di Utusan Malaysia Dalami minda jutawan supaya anda juga dapat mengaplikasikan minda yang sama. Apa yang membezakan jutawan dan mereka yang berpendapatan sederhana? Bagaimana kesemua ikon jutawan ini pernah menemui keagalan atau bermula dari ZERO kini menjadi HERO? Bagaimanakah mindset seorang jutawan Malaysia? Apakah persamaan yang ketara antara kesemua mentor jutawan ini di mana anda juga boleh amalkan? Apakah strategi untuk memastikan apa sahaja perniagaan anda akan mencapai kecemerlangan? Bagaimana hendak bangun setelah gagal, gagal, gagal, gagal, dan gagal lagi? Apa yang memberi inspirasi kepada jutawan-jutawan ini? Apakah yang dilakukan oleh jutawan-jutawan ini yang anda tidak lakukan? Mengapa antara kita ada yang bekerja bertungkus lumus, tetapi masih tidak menjadi jutawan? Semuanya dan banyak lagi telah terjawab dalam ebook "Mentor Jutawan" bersama Irfan Khairi. Berapakah harga ebook mentor jutawan? Ianya dikatakan perjalanan beribu batu bermula dengan hanya satu langkah. Begitu juga perjalanan mencapai RM1 juta, bermula dengan satu pelaburan kecil. Segala kisah, tips dan strategi 8 mentor jutawan di atas adalah milik anda untuk diimplementasikan pada harga RM40.00 sahaja. Jika dibandingkan, pelaburan kecil RM40.00 ini, adalah teramat kecil dengan ilmu-ilmu yang didedahkan oleh mentor-mentor jutawan ini yang dengan mudahnya adalah beribu kali ganda nilainya. Mentor Jutawan sememangnya harus dimiliki dan dibaca oleh sesiapa sahaja yang mempunyai hasrat untuk menjadi jutawan pada suatu hari nanti ataupun sekurang-kurangnya untuk berada di tahap bebas kewangan. Pengalaman 8 jutawan yang terpaksa melalui pelbagai kesusahan dan kegagalan yang berbeza sebelum berjaya dan bergelar jutawan harus dijadikan panduan supaya kita tidak mengulangi kesilapan mereka. Pelbagai tips, rahsia, pengalaman, panduan dan ilmu yang dicurahkan oleh 8 jutawan adalah tidak ternilai harganya dan saya pasti harga ebook ini tidak sepatutnya dijual dengan harga RM40.00. Tanamkan tekad dan kuatkan semangat, Insyallah kita juga boleh mencapai cita-cita untuk berjaya seperti mereka suatu hari nanti. Azmi www.wavecommunications.com.my Sekiranya bagi anda, pelaburan ini adalah terlalu tinggi, ingin saya petik dari temubual saya sendiri dalam Mentor Jutawan apabila ditanya oleh Nizal Mohammad tentang pelaburan saya dalam menuntut ilmu kejayaan: "... Sebelum memasuki kelas ataupun kuliah, saya akan bekerja sebagai tukang cuci pasaraya dan tandas untuk mendapatkan wang tambahan setiap pagi. Saya lakukan ini selama dua tahun. Dengan wang tambahan tersebut saya akan ke kedai buku pada hujung minggu untuk membeli buku-buku kejayaan untuk melengkapkan lagi diri saya tentang ilmu-ilmu kejayaan."~Irfan Khairi Apa pula kata mentor-mentor Jutawan mengenai program bicarawara "Jutawan bersama Irfan Khairi": "Program ini sepatutnya sudah ada lama di mana kita berkongsi ilmu, tip, strategi, pengetahuan tentang bagaimana kita menguruskan kewangan dan untuk bagi mereka yang ingin tahu bagaimana hendak menjadi seoarang jutawan!"~Azizi Ali, Jurulatih Jutawan "Ini adalah program yang bagus, baik dan FANTASTIC! Bukan hanya kita dapat mengundang jutawan-jutawan menyampaikan pengalaman mereka, ini juga adalah cara yang paling baik mendekatkan usahawan-usahawan muda kita yang ingin memiliki cara-cara dan teknik-teknik untuk lebih berjaya! Program ini akan benar-benar membantu mereka sepenuhnya!" ~Dato' Dr Azman Chin, Jutawan MLM PERCUMA: Kupon diskaun RM70 untuk Workshop Jutawan Internet kelolaan Irfan Khairi. Koleksi 3 ebook kekayaan klasik Think and Grow Rich oleh Napolean Hill (buku best seller yang disebutkan beberapa kali oleh mentor-mentor jutawan!), The Science of Getting Rich oleh Wallace Wattles dan As a Man Tinketh oleh James Allen. Seperti yang anda lihat dari komen-komen pembaca, ramai tidak setuju dengan betapa murahnya harga ebook Mentor Jutawan. Harga yang lebih tinggi patut dikenakan. Buat masa ini, harga ebook ini adalah RM40.00. Sebagai usahawan, it make sense untuk saya tambahkan harga untuk memaksimakan keuntungan perniagaan saya. Krew-krew di Irfan Khairi Sdn Bhd juga mendesak saya setiap hari untuk meletakkan harga yang lebih tinggi dan berpatutan- lagi tinggi keuntungan syarikat, lagi tinggi bonus mereka :)! Mana tahu, saya akan tambahkan harga tidak lama lagi.. Oleh itu, untuk memastikan anda mendapat segala ilmu mentor-mentor jutawan ini pada harga yang terendah, sebelum timbulnya keputusan untuk naikkan harga (maklumlah, harga minyak pun dah naik!) pastikan anda dapatkan mentor jutawan hari ini juga! Pelaburan anda hari ini untuk ilmu kekayaan & kejayaan yang tidak ternilainya dari 8 Mentor Jutawan adalah hanya RM40.00 untuk hari ini. *Nota: Mentor Jutawan adalah ebook (format digital) dan akan dihantar kepada anda melalui email dalam masa 24jam selepas membuat bayaran. Anda hanya 24jam sahaja daripada mengetahui permata-permata ilmu 8 Mentor Jutawan ini. Klik di sini untuk pembayaran Kad Kredit secara online Klik di sini untuk pembayaran Bank-in / Mesin ATM / Online banking ps: On a serious note, sebenarnya antara sebab kami meletakkan pada harga yang rendah adalah kerana percaya ilmu yang terkandung dalam ebook ini sebaiknya mencapai jumlah pembaca yang paling ramai. Antara misi kami juga adalah untuk jadikan ebook "Mentor Jutawan" ebook paling laris di Internet di pasaran Malaysia. Kami berpendapat, pada harga yang rendah, ia memudahkan anda untuk membelinya dan kami yakin anda akan setuju dengan isi kandungan ebook ini yang nilainya tidak terhingga dan tidak terkira dengan wang ringgit. Kami berharap anda pula akan mengesyorkan ebook ini kepada kenalan-kenalan anda yang akan mendapatkannya pada harga yang rendah. Maka, misi kami untuk mencapai lebih ramai pembaca akan tercapai :) pps: Infact, sekiranya anda syorkan ebook ini kepada kenalan anda, bukan sekadar anda dan kenalan anda mendapat ilmu yang tidak terhingga, kami akan beri anda wang Ringgit Malaysia lagi tu! Dapatkan ebook "Mentor Jutawan" dan anda juga boleh menjana pendapatan sampingan di Internet hari ini! ppps: Sekiranya anda masih tidak dapat membuat keputusan untuk membeli, apa kata anda baca testimonial yang kami terima dalam masa 24jam selepas pelancaran Mentor Jutawan. Sebarang pertanyaan, sila email sales@rahsiainternet.com atau hubungi 03-77292277 (9.00am-5.00pm Isnin-Jumaat) Isi kandungan ebook ini adalah transkripsi temubual Irfan Khairi bersama ikon-ikon jutawan melalui program Radio 24, Jutawan bersama Irfan Khairi. Hakmilik isi kandungan adalah milik Irfan Khairi Sdn Bhd dan Radio24. HakCipta terpelihara © 2008 RahsiaInternet.com & Irfan Khairi Sdn Bhd. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik. Preview Mentor Jutawan PERCUMA! Ingin sedikit preview Mentor Jutawan? Masukkan nama dan alamat email anda di bawah dan kami akan memberi link preview Mentor Jutawan kepada anda! Name: Email: Kami juga akan sertakan anda ke newsletter Irfan Khairi (RahsiaInternet.com) yang memuatkan tips kewangan, kejayaan dan motivasi untuk melipatkali gandakan kekayaan anda.

Monday, 20 October 2014

Arak dan Judi itu Haram


ENGHARAMAN JUDI DI DALAM AL-QURAN DAN SUNNAH

Pengharaman judi di dalam al-Quran berlaku secara berperingkat dan bukanlah secara sekaligus, sama seperti pengharaman arak dan pengharaman riba.
Pada mulanya, ayat 219 dari Surah al-Baqarah menceritakan:

سٌؤلونك عن الخمر والم سٌر قل ف هٌما إثم كب رٌ ومنافع للناس وإثمهما أكبر من نفعهما...

Ertnya: “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya…”

Ayat ini diturunkan setelah segolongan orang-orang beriman bertanyakan tentang kedudukan arak kepada Rasulullah s.a.w. Sehubungan dengan ini, Al Razi11 menceritakan bahawa, sebelum turunnya ayat 219 dari Surah al Baqarah ini, iaitu semasa sebelum hijrah, telah turun suatu ayat lain di Makkah iaitu, ayat 67 dari surah al-Nahl yang berbunyi:

ومن ثمرات النخ لٌ والأعناب تتخذون منه سكرا ورزقا حسنا

Ertinya: “Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman yang memabukkan dan rezeki (makanan serta minuman) yang baik…”
Ketika itu, umat Islam masih meminum arak kerana ianya masih dibenarkan dan belum diharamkan lagi. Kemudian, Umar, Muaz dan sekumpulan dari para sahabat (r.a.) berkata kepada Rasulullah s.a.w.:12

اٌ رسول الله أفتنا ف الخمر، فإنها مذهبة للعقل، مسلبة للمال"

Ertinya: “Ya Rasulullah, berilah fatwa kepada kami tentang arak, sesungguhnya ia menghilangkan (kewarasan) aqal dan menghabiskan harta benda”.

11 Fakhruddin al Razi, Al Tafsir al Kabir / Mafatih al Ghaib, Dar al Kutub al `Ilmiyyah, Beirut, Jilid 5-6, m/s 35.
12 Fakhruddin al Razi, rujukan yang sama seperti di atas.

Maka turunlah ayat 219 dari Surah al Baqarah ini. Walaupun sebab nuzul yang dicatatkan oleh Al Razi ini berkaitan dengan arak, namun ayat 219 dalam surah al Baqarah ini juga menyebut tentang judi atau maysir. Ayat ini menyatakan dengan jelas bahawa terdapat dosa yang besar dalam arak dan judi ( ف هٌما إثم كب رٌ ), walaupun terdapat juga beberapa manfaat pada kedua-duanya untuk manusia. Seterusnya ayat ini menegaskan bahwa dosa yang ada pada arak dan judi ini lebih besar dari manfaat kedua-duanya ( وإثمهما أكبر من نفعهما ).

Di dalam menafsirkan ayat ini, Al Alusi menjelaskan beberapa contoh dosa atau keburukan yang dibawa oleh judi, di antaranya: memakan harta secara batil; boleh menyebabkan penjudi terjebak ke dalam jenayah curi; mencederakan jiwa; mensia-siakan keluarga; melakukan perkara yang keji dan hina; serta rasa permusuhan yang timbul baik secara tersembunyi atau terang-terangan.13
Dalam konteks arak, setelah turunnya ayat 219 dari Surah al Baqarah ini, sebahagian dari ummat Islam masih meminum arak dan sebahagian yang lain pula berhenti dari meminum arak. Pada suatu hari, Abdul Rahman bin Auf (r.a.) telah menjemput orang ramai, lalu mereka telah minum arak dan menjadi mabuk. Sebahagian dari mereka mengerjakan solat lalu membaca Surah Al Kafirun dan salah dalam bacaannya, maka turunlah ayat 43 dari Surah al Nisa’ yang melarang orang yang beriman dari mendirikan solat dalam keadaan mereka mabuk. Maka makin berkuranglah di kalangan umat Islam yang meminum arak.14
Namun, pada suatu ketika, suatu kumpulan dari golongan Ansar telah berkumpul-kumpul dan bersama mereka juga adalah Saad bin Abi Waqqas (r.a.). Mereka minum-minum sehingga mabuk dan mula membacakan sha`ir-sha`ir, sehinggalah Saad mendendangkan suatu sha`ir yang seolah-olah memperkecilkan golongan Ansar. Maka seorang Ansar telah

13 Al Alusi, seperti rujukan sebelum ini, pada m/s 115.
14 Fakhruddin al Razi, seperti rujukan sebelum ini.

memukul Saad, lalu Saad pun mengadu kepada Rasulullah s.a.w. Ketika itu Umar (r.a.) berdoa supaya Allah memberikan penjelasan yang sempurna tentang hukum arak, maka turunlah firman Allah dalam Surah al-Ma’idah: ayat 90 – 91,15 yang berbunyi:

إنما الخمر و الم سٌر والأنصاب والأزلام رجس من عمل الش طٌان فاجتنبوه) 90 ( إنما رٌ دٌ الش طٌان أن وٌقع ب نٌكم العداوة
) والبغضاء ف الخمر والم سٌر و صٌدكم عن ذكر الله وعن الصلاة فهل أنتم منتهون ) 99


Ertinya: [90] Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. [91] Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

Ayat 90 dan 91 dari Surah al Maidah ini sangat lantang dan jelas dalam menjelaskan pengharaman kedua-dua arak dan judi. Malah ayat 90 menyebut larangan arak dan judi secara serentak dengan larangan syirik menyembah berhala ( الأنصاب ) dan mengundi nasib dengan anak panah (الأزلام ) untuk membayangkan besarnya dosa arak dan judi sehingga dilarang bersama dengan dosa syirik itu sendiri.

Di samping itu, ayat 91 secara khusus menyebut keburukan-keburukan judi sehingga ianya diharamkan keatas ummat Islam, iaitu: menimbulkan permusuhan dan kebencian; dan memalingkan manusia dari mengingati Allah dan mengerjakan sembahyang.
Semasa membincangkan hikmah dari larangan dan pengharaman judi, Al Razi16 menerangkan bahawa dosa atau keburukan maysir dan qimar adalah: ia boleh membawa

15 Rujukan yang sama.

kepada permusuhan, mengutuk-ngutuk dan pertelingkahan; serta merupakan suatu bentuk mengambil harta orang lain secara batil; di samping melalaikan manusia dari mengingati Allah dan mengerjakan solat. Tambah beliau lagi, pertaruhan di dalam qimar dan maysir juga menimbulkan perasaan ingin cuba menang, terutama setelah mengalami kekalahan sehingga semua harta akhirnya habis digunakan untuk berjudi sehinggakan sanggup menggadaikan isteri dan anak-anak pula. Tentunya si kalah judi ini akan jatuh miskin dan menyimpan dendam kesumat terhadap lawannya yang telah menang dan merampas harta bendanya, sehingga berlakulah permusuhan dan benci-membenci yang berpanjangan di dalam masyarakat. Dari segi ugama pula, si penjudi akan jauh hatinya dari mengingati Allah dan mengerjakan solat kerana disibukkan dengan harapan untuk menang, atau marah kerana kalah judi. Bahkan sekiranya dia menang sekalipun, nescaya kemenangannya itu akan terus menenggelamkannya di dalam kesibukan demi kesibukan, sehingga tidak ingat selain dari harta yang dimenanginya itu sahaja.

Di dalam membahaskan judi yang diharamkan, para ulama’ mufassirin bersetuju bahawa maysir bermakna qimar, sebagaimana yang telah disebut di dalam perbincangan tentang takrif judi di atas. Namun, suatu persoalan yang timbul di sini adalah, adakah judi atau maysir itu hanya terhad kepada suatu bentuk qimar (pertaruhan) yang tertentu sahaja; atau ianya merujuk kepada semua jenis qimar.

Di dalam hal ini, terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama’.17
Qimar tertentu yang di maksudkan di sini adalah pertaruhan yang diamalkan oleh orang Arab jahiliyyah ketika itu yang melibatkan 10 bahagian yang di tentukan daripada unta yang dipertaruhkan. Bahagian-bahagian ini ditulis pada 10 anak-anak panah atau pun pena.

16 Fakhruddin al Razi, Al Tafsir al Kabir / Mafatih al Ghaib, Jilid 6, m/s 49 dan Jilid 12, m/s 82.17 Fakhruddin al Razi, Al Tafsir al Kabir / Mafatih al Ghaib, Dar al Kutub al `Ilmiyyah, Beirut, Jilid 5-6, m/s 40.

Selepas itu dilakukan cabutan untuk mencari siapa yang menang dan mendapat bahagian-bahagian yang telah ditentukan tersebut. Sesiapa yang tidak mendapat bahagian mesti membayar seluruh harga unta pertaruhan tersebut. Sesiapa yang menang dan mendapat bahagian pula biasanya akan menyerahkan bahagian tersebut kepada golongan faqir miskin.18
Sebahagian ulama’ berpandangan bahwa maysir tidak lah terhad kepada qimar yang tertentu seperti di atas sahaja, malah boleh mencakupi semua bentuk qimar yang pelbagai. Contohnya, Al Alusi19 berpandangan bahawa kesemua jenis qimar termasuk dalam pengertian maysir yang diharamkan, termasuklah nard (backgammon), shatranj (catur), sehinggakan permainan anak-anak dengan kekacang, dadu, cabutan undi, dan semua bentuk mukhatarah dan pertaruhan.
Pandangan ini dikuatkan oleh beberapa hadith yang di riwayatkan dari Rasulullah s.a.w. Ini adalah kerana selain dari pengharaman judi di dalam al-Quran, terdapat juga beberapa hadith nabi yang menerangkan tentang perharaman judi dan dosa yang terbit dari pengamalannya. Contohnya:

a. إن الله حرم الخمر والم سٌر والكوبة وكل مسكر حرام

Ertinya: “Sesungguhnya Allah mengharamkan arak, judi, kubah (sejenis permainan yang menggunakan papan, buah dan dadu, juga dikenali sebagai tabal atau nard) dan setiap yang memabukkan adalah haram”.20

18 Rujuk Fakhruddin al Razi, Al Tafsir al Kabir / Mafatih al Ghaib, Dar al Kutub al `Ilmiyyah, Beirut, Jilid 5-6, m/s 39-40; dan Al-Alusi, Ruh al Ma’ani fi Tafsir al-Quran al-`Azim was Sab`I al Mathani, Dar Ihya’ al Turath al `Arabi, Jilid 1, m/s 113-114.
19 Al-Alusi, Ruh al Ma’ani fi Tafsir al-Quran al-`Azim was Sab`I al Mathani, Dar Ihya’ al Turath al `Arabi, Jilid 1, m/s 114.
20 Hadith riwayat Ahmad dari Ibn Abbas; Nayl al Awtar oleh Al Shawkani, Jilid 10; seperti yang dinaqalkan oleh Dr Ramadan Hafiz Abdul Rahman.

b. إ اٌكم وهات نٌ الكعبت نٌ فإنهما من م سٌر العجم

Ertinya: “Awaslah terhadap dua dadu ini, kerana sesungguhnya, kedua-duanya adalah daripada judi orang bukan Arab”.21

c. من لعب النرد فقد عصى الله ورسوله
 

Ertinya: “Sesiapa yang bermain nard (backgammon), maka sesungguhnya dia telah melakukan ma`siat terhadap Allah dan RasulNya.22
Al Alusi dan Al Razi juga ada menaqalkan pandangan Ibn Sirin, bahawa semua yang memberi risiko/bahaya (خطر ) adalah sebahagian dari maysir.23 Al Razi24 turut menaqalkan suatu riwayat bahawa Saidina Ali (r.a.) ada menyebut:

"النرد والشطرنج من الم سٌر"

Ertinya: “Nard (backgammon) dan catur adalah sebahagian dari judi.”

Al Razi25 pula menaqalkan pandangan Imam Al Shafi`i yang agak berbeza, iaitu, sekiranya permainan catur tersebut tidak melibatkan pertaruhan, lidah juga tidak berkata celupar dan tidak melalaikan solat, maka ianya tidak haram dan tidak termasuk dalam pengertian maysir; kerana maysir semestinya melibatkan penyerahan atau pengambilan harta yang tidak wujud dalam keadaan ini.

21 Hadith ini dinaqalkan oleh Fakhruddin al Razi, Al Tafsir al Kabir / Mafatih al Ghaib, Dar al Kutub al `Ilmiyyah, Beirut, Jilid 5-6, m/s 40.
22 Malik, Al Muwatta’, Dar al Afaq al Jadidah, m/s 830.
23 Rujuk Fakhruddin al Razi, Al Tafsir al Kabir / Mafatih al Ghaib, Dar al Kutub al `Ilmiyyah, Beirut, Jilid 5-6, m/s 40; dan Al-Alusi, Ruh al Ma’ani fi Tafsir al-Quran al-`Azim was Sab`i al Mathani, Dar Ihya’ al Turath al `Arabi, Jilid 1, m/s 114. Al Razi juga menaqalkan pandangan yang sama dari Mujahid dan `Atta’
24 Fakhruddin al Razi, seperti rujukan di atas. Hadith yang hampir sama dari Saidina Ali turut dinaqalkan dalam Ibn Qudamah, al Mughni, jilid 12, m/s36; dan Al Shawkani, Nayl al Awtar, jilid 8, m/s 108.
25 Fakhruddin al Razi, seperti rujukan di atas.

Berdasarkan pandangan Imam Al Shafi`i di atas, nampaknya beliau melihat bahawa tidak semua permainan catur merupakan judi yang dilarang. Catur hanya boleh dikira sebagai judi sekiranya wujud unsur pertaruhan (penyerahan dan pengambilan harta), cakap-cakap yang boleh membawa kepada permusuhan dan melalaikan dari solat.
Berkait dengan isu ini, para ulama’ berselisih pendapat samada judi semestinya ada unsur pertaruhan dengan harta ataupun tidak semestinya. Dalam hal ini, Al Qurtubi26 di dalam tafsirnya ada menyebut bahawa Imam Malik telah membahagikan maysir kepada dua jenis, iaitu:

a. م سٌر اللهو (judi main-main) yang merangkumi nard (backgammon), catur dan segala bentuk permainan yang melalaikan;

b. م سٌر القمار (judi pertaruhan) yang merangkumi apa-apa yang manusia bertaruh wang atau harta (mukhatarah) padanya.

Secara zahirnya pandangan Imam Malik di atas menganggap semua bentuk permainan yang melalaikan sebagai suatu bentuk judi (maysir), walaupun tidak ada unsur pertaruhan. Namun, jika ada pertaruhan ia adalah judi dalam bentuk maysir al qimar. Jika tiada pertaruhan, maka ianya bukanlah qimar tapi hanya maysir jenis pertama (maysir al lahw). Berdasarkan pandangan Imam Malik ini, maysir adalah lebih umum dari qimar. Semua qimar adalah maysir, tetapi bukan semua maysir adalah qimar (iaitu maysir yang tiada unsur pertaruhan).

BENTUK-BENTUK JUDI DALAM PERBAHASAN FUQAHA’ DAN HUKUMNYA

Setelah diteliti pandangan ulama’ di dalam mentafsirkan pengharaman judi sebagaimana nas al-Quran dalam Surah al Maidah: ayat 90-91 dan al-Baqarah: ayat 219, serta Sunnah al

26 Al Qurtubi, Tafsir Al Jami` li Ahkam Al Quran, Dar al Kutub al `Ilmiyyah,
12


Rasul s.a.w., dapatlah disimpulkan bahawa judi yang dibahaskan oleh ulama’ silam boleh terjadi dalam beberapa bentuk:

a. Maysir al qimar – judi dengan pertaruhan harta yang disepakati adalah maysir yang diharamkan:

Sebahagian besar dari maysir adalah di dalam bentuk qimar atau melibatkan pertaruhan wang atau hartabenda. Maysir di dalam bentuk ini disepakati oleh semua ulama’ tentang hukumnya iaitu haram. Ini dikenali sebagai maysir al qimar menurut Imam Malik.

Ciri utama maysir al qimar adalah:

* Pemainnya samada menang atau menanggung rugi
* Permainan ini melibatkan pertaruhan harta (mukhatarah)
* Memindah milik harta melalui pertaruhan (mukhatarah)

b. Maysir al lahw yang disepakati haramnya:

Terdapat sebahagian dari maysir yang tidak semestinya melibatkan pertaruhan harta. Maysir dalam bentuk ini (yang di sebut oleh Imam Malik sebagai maysir al lahw) ada yang disepakati hukum haramnya, kerana nas dari Sunnah yang jelas mengenai pengharamannya, tidak kiralah samada ianya melibatkan pertaruhan harta atau tidak, seperti:

Nard (النرد )
Tawilah (الطاولة )
Tab (الطاب )

Ciri utama maysir dalam bentuk ini adalah: Permainannya semata-mata bergantung kepada nasib dan tidak berdasarkan pemikiran, kiraan atau seumpamanya

c. Maysir al lahw yang tidak disepakati haramnya:
Para ulama’ berselisih pandangan mengenai permainan yang tidak melibatkan pertaruhan wang, tetapi memerlukan pemainnya berfikir, mengira dan menilai; samada ianya haram atau tidak. Secara umumnya Ulama’ terbahagi kepada beberapa pandangan iaitu:

* Hanafi: permainan itu asalnya haram, kecuali empat jenis: lumba kuda; lumba unta; memanah;
   dan permainan di antara suami isteri.
* Maliki: Sama dengan pandangan Hanafi. Mengenai catur, Imam Malik dilaporkan membenci
   permainan catur dan melarangnya (haram)
* Shafi`i: semua permainan yang bergantung kepada pengiraan, pemikiran, dan perancangan
   strategik tidak dilarang, tetapi makruh, dengan syarat tiada pertaruhan, percakapan yang buruk,
   atau melalaikan dari solat.
* Hanbali: seluruh permainan yang tiada pertaruhan harta, selagi mana tidak mengandungi mudarat
   atau melalaikan dari perkara yang fardu adalah pada asalnya harus.

ANTARA JUDI, PERMAINAN, PERTANDINGAN DAN PERADUAN

Manusia mencipta pelbagai permainan, pertandingan dan peraduan untuk pelbagai tujuan. Ada yang bertujuan untuk bersukan, melatih ketahanan fizikal, menguji ketajaman minda, berhibur dan sebagainya. Sesetengah permainan, pertandingan dan peraduan ini boleh membawa unsur judi jika tidak berhati-hati. Di sini, beberapa jenis permainan, pertandingan dan peraduan akan dibincang secara ringkas samada ia termasuk judi yang diharamkan atau tidak.

a. Permainan Catur:
Permainan catur adalah sejenis permainan klasik yang masih lagi popular sehingga ke hari ini. Adakah permainan catur suatu bentuk perjudian?Sekiranya permainan catur ini disertakan dengan pertaruhan wang atau hartabenda, semua fuqaha’ bersetuju bahawa ia adalah judi dan hukumnya adalah haram.Sebaliknya, ulama’ berselisih pendapat mengenai permainan catur yang tiada sebarang pertaruhan wang. Pendapat di dalam empat madhhab adalah seperti berikut:

* Hanafi: tidak dibenarkan, yakni haram
* Maliki: tidak dibenarkan, yakni haram.
* Shafi`i: ianya makruh, bukannya haram; dengan syarat permainan tersebut tidak melengahkan
   dari solat pada waktunya, tiada pertaruhan wang, dan tidak bercakap perkara yang buruk dan keji.
* Hanbali: catur sama seperti nard dari segi hukum yakni haram, walaupun nas yang jelas adalah
   tentang nard sahaja. Hukum catur dikiaskan kepada hukum nard.

Jumhur ulama’ yang mengharamkan catur menyandarkan hujjah mereka kepada umum ayat 90-91 dari Surah al Maidah mengenai pengharaman arak dan judi dengan alasan catur boleh melalaikan manusia dari mengingati Allah dan boleh menyebabkan permusuhan sesama pemainnya. Terdapat juga beberapa hadith dan athar yang dikemukakan untuk menyokong hujjah jumhur, namun kebanyakan dari hadith ini adalah lemah. Jumhur juga menggunakan kaedah qiyas terhadap pengharaman nard, dari segi melalaikan dan boleh membawa kepada pertaruhan dan permusuhan. Namun begitu An Nawawi mempersoalkan ketepatan kaedah qiyas dalam hal ini kerana beliau berhujjah bahawa catur berbeza dari

27 Contohnya hadith-hadith yang disebut oleh al Shawkani di dalam Nayl al Awtar, jilid 8, m/s 96; Ibn Hajar dalam Kitab Al Zawajir, jilid 2, m/s 166; dan Al Munziri dalam kitab Al targhib wa al tarhib, jilid 2, m/s 168.
28 Lihat pandangan Al Munziri dan Al Shawkani tentang hadith-hadith tersebut yang kebanyakannya adalah hadith marfu’, lebih-lebih lagi kerana permainan catur hanya mula dikenali semasa zaman sahabat.

nard kerana catur banyak bersandarkan pemikiran, pengiraan dan penilaian; sedangkan nardbersandarkan kepada nasib semata-mata.

b. Pertandingan Melagakan Haiwan:
Pertandingan sebegini adalah haram samada ada pertaruhan wang ataupun tidak. Ini termasuklah petandingan melagakan ayam, anjing, harimau dan sebagainya. Pertandingan sebegini adalah sia-sia, tidak berfaedah dan menyakitkan haiwan yang terlibat.

c. Permainan Sukan Merbahaya (Extreme Sports)
Pertandingan sukan merbahaya boleh dibenarkan dengan syarat:

* Pemainnya adalah orang yang ahli dengan sukan tersebut
* Kemungkinan untuk mereka selamat dan tidak cedera atau mati adalah tinggi (ghalabah al dhann)
* Tidak ada pertaruhan wang / harta benda Sebaliknya, jika dikhuatiri permainan itu akan membawa
   bahaya dan mudarat kepada pemainnya, atau pemainnya juga tidak ahli dalam sukan tersebut,
   maka ianya dilarang dalam semua keadaan, samada ada pertaruhan ataupun tidak.

d. Permainan Sukan Biasa
Untuk permainan sukan biasa, sekiranya ada pertaruhan, maka ianya adalah judi yang diharamkan. Sebaliknya, jika ia dibuat tanpa pertaruhan wang, maka hukumnya yang asal

29 Lihat An Nawawi, Al Minhaj, jilid 15, m/s 15.

menyihatkan tubuh badan, dapat mengisi waktu lapang secara sihat, mengajar semangat kesukanan dan setiakawan, melatih kesabaran dan ketahanan fizikal dan mental.
Namun, perlu juga diperhatikan beberapa perkara sampingan seperti isu pemberian hadiah. Sekiranya ada hadiah yang disediakan, maka ia perlu memenuhi beberapa syarat, iaitu:

* Hadiah disediakan oleh pihak ketiga, bukannya sesama pemain itu sendiri.
* Sekiranya hadiah dibayar oleh pemain sesama sendiri, dimana pihak yang kalah akan membayar
   kepada pihak yang menang, ini adalah suatu bentuk judi yang dilarang. (Contoh, mengenakan
   yuran untuk bertanding dan duit dari yuran itu digunakan untuk memberi hadiah kepada
   pemenang).
* Namun, jika seseorang berkata: “Mari kita berlumba dan saya akan beri hadiah jika kamu menang,
   tapi jika saya menang, kamu tidak perlu memberi sebarang hadiah kepada saya”. Ini tidak
   termasuk dalam judi yang di larang

Selain dari itu, sebarang pertandingan sukan juga mesti terjaga dari perkara lain yang dilarang, seperti: mendedahkan aurat, meninggalkan solat atau kewajiban agama yang lain, melalaikan dari mengingati Allah, percampuran bebas di antara lelaki dan wanita, serta pergaduhan dan permusuhan sesama pemain.

e. Peraduan-peraduan yang berasaskan hadiah
Dalam konteks ini para fuqaha’ ada membincangkan syarat-syarat untuk peraduan atau pertandingan yang dijanjikan hadiah.
Pertamanya, adalah srat-syarat umum pertandingan iaitu:

* Tahu peraturan pertandingan secara jelas, contoh: jika pertandingan lari: di mana garis permulaan
   dan penamat;
* Peraturan yang sama kepada semua pemain supaya adil, contoh: waktu permulaan yang sama,
   samarata dari segi kemampuan atau kekuatan / kelemahan peserta.
* Jenis permainan dan pemain yang sama kategori (contoh: kanak-kanak sesama kanak-kanak) untuk
   sesuatu peraduan supaya adil terhadap peserta.

Syarat-syarat berkaitan hadiah adalah sama seperti yang dibincangkan di atas mengenai sukan yang diberi hadiah iaitu:
* Hadiah dari pihak ketiga - dibenarkan
* Hadiah bukan dari sesama peserta, jika sesama peserta maka ini sama seperti pertaruhan dimana
   pihak yang kalah membayar kepada pihak yang menang
* Jika hadiah dari seorang peserta sahaja untuk sesiapa yang menang, dibenarkan dengan syarat
   hadiah tidak kembali semula kepada peserta yang memberi hadiah tersebut.

PENUTUP

Akhirkata, dapatlah disimpulkan bahawa judi adalah suatu perkara yang jelas telah diharamkan dalam Islam. Bentuk-bentuk judi ini pelbagai dan kita perlu berhati-hati supaya tidak terjebak dengan perangkap judi kerana kadang-kadang terkeliru dengan nama yang digunakan, seperti, peraduan, pertandingan atau sukan.
Secara umumnya permainan yang mengandungi unsur pertaruhan adalah judi dan dilarang. Sesetengah permainan, walaupun tiada unsur pertaruhan, masih juga dilarang kerana melalaikan dari mengingati Allah dan menunaikan kewajiban agama yang lain, seperti solat; ataupun kerana menimbulkan pergaduhan dan permusuhan.
Sekiranya ummat Islam benar-benar memahami, menghayati dan mentaati perintah Allah dalam menjauhi segala bentuk perjudian, nescaya mereka akan terselamat dari dosa dan keburukan judi yang disebut secara khusus dalam ayat 219 surah al baqarah dan ayat 90-91 surah al maidah. Semoga Allah melindungi ummat Islam dari penyakit judi dan bahaya-bahayanya.
 


Rujukan :http://saifulmuztaqim.blogspot.com/2012/07/pengharaman-judi-di-dalam-al-quran-dan.html






































Tuesday, 30 September 2014

Permulaan yang baik tidak menjamin sebuah pengakhiran yang baik namun bukanlah bermakna sesiapa yang Allah anugerahkan kehidupan  yang baik, menjadi bimbang akan pengakhiran hidupnya..yer

Sunday, 7 September 2014

Tuesday, 2 September 2014

Krisis Syria : Konspirasi Busuk Saudi Dan Qatar


Islam Times- Amerika, Israel, Saudi, Qatar, Turki, al Qaida adalah setali tiga uang, sama-sama berkonspirasi menimbulkan kekacauan di Suriah demi menggulingkan pemerintah dukungan rakyat pendukung perlawanan Palestina.

 Menarik mencermati perkataan wakil Menteri Luar Negeri Iran urusan Arab dan Afrika, Hossein Amir-Abdollahian, dalam sebuah wawancara (8/3) yang dimuat di Islam Times beberapa hari lalu, ketika itu ia mengatakan bahwa Iran tidak akan pernah mengizinkan Amerika Serikat mengambil keuntungan dari krisis yang melanda Suriah. Iran juga tidak akan membiarkan AS mengganggu keseimbangan kekuasaan di wilayah tersebut.

Fokus tulisan ini bukan untuk mendedah hasil wawancara itu (diperlukan tulisan tersendiri untuk membahasnya), tapi akan membahas krisis bikinan paksa yang terjadi di suriah dan konspirasi busuk yang sebenarnya terjadi untuk melengserkan paksa pemerintahan al Asad. Dengan perlahan, terutama setelah semua upaya menggulingkan pemerintahan suriah dukungan rakyat gagal dilakukan, krisis Suriah membuka mata dunia dan mempertontonkan kebusukan musuh-musuh suriah sebenarnya.

1. Amerika, Israel dan NATO
Hampir semua kerusuhan, peperangan dan teror yang terjadi khususnya di Timur Tengah, dalangnya adalah Amerika-Israel dengan menggunakan NATO sebagai ujung tombaknya. Arab spring yang terjadi di dunia Arab sebenarnya konspirasi mereka meskipun tidak semuanya sejalan dengan skenario yang sudah mereka persiapkan. Dikarenakan bangkitnya kesadaran rakyat dan rindunya mereka dengan kebebasan dan kemulian Islam yang selama ini terpendam dalam kubangan lumpur dosa para pemimpin boneka Amerika dan budak Israel.

Suriah adalah diantara negara yang berusaha dikudeta secara halus dengan cara menggunakan segelintir oposisi binaan CIA yang sudah dipersiapkan, baik dana maupun persenjataan. Perusuh-perusuh binaan ini adalah para teroris yang tidak segan membunuh sipil dan anak-anak kecil sekalipun. Barat menamakan mereka “aktivis”.

Amerika – Israel begitu bernafsu menggulingkan pemerintahan sah Damaskus dan menggunakan segalam macam cara termasuk veto PBB, dikarenakan dukungan penuh dan tanpa henti Suriah terhadap trio muqowamah; Iran, Hamas dan Hizbullah. Inilah inti sebenarnya kengotototan Washington. Di samping itu, karena Damaskus begitu mesra dengan musuh Amerika, Rusia dan Cina. Sehingga banyak analis perang mengatakan kalau krisis suriah sebenarnya perang antara Amerika vs Rusia Cina. Bahkan kalau seandainya perang jadi digelar akan terjadi perang dunia ketiga.

Maka tidak heran, jika Amerika-Israel tidak segegabah menurunkan NATO. Sebagaimana kasus Libya yang secara langsung dan prontal mengobarkan perang. Disamping sudah kehabisan modal juga terlalu beresiko kalau mengobarkan perang baru, maka konspirasi Amerika-Israel dengan mempersenjatai teroris dan NATO secara tidak langsung.
Dalam sebuah operasi yang dilakukan pemerintah Suriah di kota Homs terungkap bahwa agen Mossad, CIA dan Blackwater terlibat dalam kekerasan militer di Suriah.

Bukti keterlibatan itu terkuak saat pihak militer Suriah menangkap 700 orang bersenjata dan mereka adalah warga Arab, Israel, dan Amerika yang menggunakan senjata buatan Eropa . Tulis Media Rusia, Rabu (7/3) Al-manar juga melaporkan bahwa Pasukan keamanan Suriah mendapat bukti yang kuat atas keterlibatan militer Barat 'dalam konflik internal Suriah,

Ahli urusan strategis Suriah, Salim Harba mengatakan, "Orang-orang bersenjata yang ditangkap adalah warga Negara Arab, Irak, dan Libanon. Di antara mereka adalah juga agen intelijen Qatar dan non-Arab pejuang dari Afghanistan, Turki, dan beberapa negara Eropa seperti Perancis, "

Harba juga mengatakan bahwa kantor koordinasi opoisi yang berada di Qatar adalah disponsori oleh Amerika. Selain itu, Kebocoran informasi yang diperolah dari perusahaan intelijen Stratfor juga menunjukkan tentara NATO yang menyamar sudah berada di berbagai tempat di Suriah sejak lama.

2. Liga Arab, Saudi, Qatar dan Turki
Dalam krisis yang terjadi di Suriah, Liga Arab sudah kehilangan legitimasinya. Sejatinya, Suriah yang nota bene merupakan anggota Liga Arab dan berhak mendapat perlindungan, justru menjadi korban kebijakan pengayomnya. Dari awal sejak krisis Suriah terjadi, negara-negara liga Arab justru mengembargo pemerintahan Asad dan menguncilkan Damaskus. Dan liga Arab pulalah yang memaksa krisis Suriah menjadi urusan internasional dengan melibatkan PBB.

Liga Arab menjadi kaki tangan dan corong Amerika-Israel, maka Saudi dan Qatarlah yang mewakili kepentingan mereka, karena mereka punya kepentingan dan urusan yang sama. Disamping unjuk gigi supaya dianggap sebagai negara berpengaruh di kawasan, Saudi dan Qatar juga berupaya menjegal Iran yang dianggap mempunyai pengararuh besar di kawasan.

Menyingkirkan peran Iran terkait krisis Suriah adalah hal penting buat mereka.

Aliran dana dan persenjataan kepada oposisi dan teroris bayaran dari Saudi dan Qatar mengalir deras, dengan melibatkan Turki diperbatasan negaranya. Pelatihan-pelatihan perang kepada oposisi oleh CIA jauh-jauh hari juga sudah dilakukan di Turki.

Menteri Luar Negeri Qatar Sheikh Hamad bin Jassim al-Thani dalam pertemuan para menlu Liga Arab di Kairo, Sabtu, 10/03/, begitu bernafsu supaya secepatnya menyerang Suriah.

"Saatnya tiba untuk melaksanakan usul mengirim pasukan Arab dan internasional ke Suriah," kata Sheikh .

Menteri Informasi Suriah, Adnan Mahmud mengatakan, Arab Saudi dan Qatar mendukung "geng teroris bersenjata" beroperasi di Suriah dan mengatakan bahwa mereka bertanggung jawab atas insiden pembunuhan di negara ini.

"Beberapa negara mendukung geng teroris bersenjata, seperti Arab Saudi dan Qatar, teroris adalah kaki tangan mereka, dan menargetkan warga Suriah ... mereka harus bertanggung jawab atas pertumpahan darah," kata Mahmoud.

Sheikh Mohammad Alaedin Madhi (16/3), seorang ulama senior Mesir mengatakan, Arab Saudi dan Qatar terang-terangan campur tangan dalam urusan internal negara-negara Muslim lainnya dan menyebut dua negara tersebut sebagai 'pelayan Israel' karena sedang melaksanakan rencana Israel-AS di Suriah.

"Pertama, apakah ada demokrasi di Qatar dan Arab Saudi? Saya tidak berpikir begitu. Mereka sudah mengganggu di Libya. Mereka juga sudah membunuh orang ratusan kali lebih dari yang Gaddafi lakukan di Libya. Mereka (Qatar dan Saudi) tidak ada hubungannya dengan Islam." Kata ulama tersebut dalam sebuah wawancara eksklusif dengan Press TV di ibukota Mesir, Kairo.

Bahkan utusan PBB-Liga Arab, Kofi Annan ketika berusaha mencari solusi damai atas kerusuhan Suriah dengan cara mendesak supaya menghentikan kekerasan, justru Kelompok-kelompok bersenjata di Suriah binaan Saudi dan Qatar menolak proposal itu.

Mantan Sekjen PBB ini memperingatkan setiap intervensi militer di Suriah dan setiap kesalahan perhitungan tentang Suriah akan berdampak mengerikan bagi kawasan. Dan konspirasi busuk yang berdampak mengerikan di Suriah saat ini justru sedang berlangsung.

3. Al Jazira, Al Arabiya Dan Media-Media Corong Amerika-Israel
Untuk memuluskan konspirasi yang mereka rancang di Suriah, Amerika, Israel, Turki, Saudi dan Qatar menggunakan media-media mainstream sebagai corong kebijakan busuk mereka. Media yang sejatinya sebagai penerang dan alat warta kebenaran dan berkeadilan, ditangan musuh-musuh Suriah menjadi senjata mematikan untuk mempengaruhi opini publik dunia. Media masa mereka menjadi alat pembenaran arogansi. Barat mengedepankan jargon kebebasan bereksperi, tapi itu hanya untuk musuh mereka dan demi kepentingan mereka sendiri. Sangat disayangkan, media-media nasional di Indonesia menelan mentah-mentah pemberitaan bohong itu (baca editorial Islam Times, Kompas Ngawur (Lagi) Soal Pemberitaan Suriah)

Pekerja media di Al Arabiya milik Saudi Arabia dan Al Jazeera milik Qatar, karena kemanusian dan independensinya terusik ketika harus memanifulasi pemberitaan yang bertentangan dengan fakta, ahirnya ramai-ramai mengundurkan diri (baca editorial Islam Times, Al-Jazeera akan Gulung Tikar?) dan berita Tertangkap Basah: CNN Palsukan Video Kerusuhan Suriah)

Duta Suriah untuk PBB Bashar al-Jaafari mengatakan, seorang wartawan dari Kantor Berita Qatar, jaringan TV Al-Jazeera, di London, memberikan catatan kepadanya dan mengatakan bahwa Kementerian Luar Negeri Qatar menginstruksikan kepada jaringan Al-Jazeera untuk meningkatkan jam tayang liputan media Al-Jazera terkait kerusuhan pesanan di Suriah, sebelum pertemuan Dewan Keamanan pada tanggal 4 Februari lalu.

Ia pun mengkritik saluran televisi berita, Al Arabiya Saudi dan Al Jazeera milik Qatar, yang didirikan semata untuk "melayani kepentingan Israel."

4. Wahabi, al Qoida dan Fatwa Ulama Saudi
Kospirasi yang lebih busuk lagi dalam krisis politik bikinan di Suriah adalah menyatunya antara Fatwa ulama Saudi untuk membenarkan tindakan pemerintahannya mengintervensi Suriah dan seruan pemimpin al Qoida pengganti Osama kepada para pengikutnya untuk mendukung pemberontak dan kesemuanya sejalan dengan keinginan Amerika dan Israel.

Mufti Agung Arab Saudi dan Ketua Ulama Senior Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah Al-Sheikh, berfatwa bahwa mendukung Tentara pemberontak di Suriah dan membuatnya lebih kuat seiring dengan semakin lemahnya rezim Suriah adalah bentuk jihad di jalan Allah.

Mufti Wahabi panutan kelompok takfiri tersebut mengatakan bahwa segala hal yang bisa memperkuat Tentara Bebas Suriah dan memperlemah rezim Suriah diperbolehkan oleh Syariah (hukum agama).

"Upaya melemahkan rezim Suriah, adalah cara berjuang untuk Allah" tandasnya.

Pemimpin Al-Qaedah, Ayman Al- Zawahiri dalam sebuah rekaman video berdurasi delapan menit dengan judul Onwards, Lions of Syria di sebuah situs, menyerukan para pengikutnya yang berada di Turki, Irak, Yordania dan Libanon untuk mendukung para pemberontak Suriah.

“Rakyat Suriah masih terus berduka setiap hari, sedangkan Bashar al-Assad tidak kunjung tergoyahkan," ujar al-Zawahiri seperti dikutip Reuters Minggu, (12/2).

Dia pun menyeru pengikut Wahabi supaya membantu saudara-saudaranya di Suriah dengan semua yang mereka bisa, hidupnya, uangnya, serta informasi yang dimiliki.

Sebagaimana diberitakan, Deputi kementerian dalam negeri Irak mengatakan kepada AFP, hari Sabtu (11/02) bahwa orang-orang al Qoida dengan senjata lengkap bergerak dari Irak menuju Suriah. Di Irak mereka meneror orang-orang Syiah dan menimbulkan kekacauan, setelah sebagian tentara Amerika ditarik dari Irak, sekarang di Suriah memerangi pasukan keamanan Suriah demi melancarkan agenda Amerika-Israel, saudi-Qatar.

Disadari atau sengaja, konspirasi ulama Wahabi dan seruan pemimpin al Qaida itu sebenarnya dalam rangka melemahkan perjuangan rakyat Palestina dan demi mendukung eksistensi Zionis di kawasan. Bohong belaka mereka memerangi Amerika dan Israel sedangkan yang memperkuat perlawanan di Palestina adalah Basar al Asad di Suriah.

Amerika, Israel, Saudi, Qatar, Turki, al Qaida adalah setali tiga uang, sama-sama berkonspirasi menimbulkan kekacauan di Suriah demi menggulingkan pemerintah dukungan rakyat pendukung perlawanan Palestina.

Siapa yang akan menang? Kemenangan milik Suriah yang bertahan dan berani melawan dengan dukungan segenap rakyatnya. [IslamTimes/sa]

sumber...islamtime 
http://greenblacks.blogspot.com/2012/03/krisis-syria-konspirasi-busuk-saudi-dan.html

Tuesday, 19 August 2014

Penghayatan pejuang gaza

Walaupun, kita jauh untuk menghulurkan bantuan dari sudut ketenteraan tapi Cukuplah kita menghantar doa untuk mereka

opick