Tuesday, 12 August 2014

karangaan bahasa melayu


Skema Jawapan:  Karangan Bahagian B
Latihan 1 : Faedah-faedah Menyertai Pasukan Unit Beruniform (Kokurikulum)
            Pasukan Unit Beruniform ialah aktiviti di luar bilik darjah. Contohnya Puteri Islam, Pasukan Pengakap, Pasukan Kadet Polis dan sebagainya. Semua pelajar digalakkan menyertainya kerana banyak faedah..
            Antaranya ialah dapat memenuhkan masa lapang. Mereka tiada masa untuk terlibat dengan gejala sosial. Sebagai contoh, jika mereka aktif dalam Pasukan Kadet Polis mereka akan berlatih setiap petang..
            Selain itu, pelajar dapat dilatih menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan. Sebagai contoh, jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari dan ahli jawatankuasa.
            Faedah lain ialah dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Akhir sekali, kegiatan unit beruniform akan mengukuhkan lagi perpaduan.
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai pasukan unit beruniform. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya.
(116 patah perkataan)
Latihan 2 : Faktor-faktor berlakunya kemalangan di jalan raya
Tugasan ‘:  Faktor-faktor berlakunya kemalangan di jalan raya
Pendahuluan :
  • Setiap hari berita kemalangan di jalan raya sering terpapar dalam media massa.
  • Statistik menunjukkan jumlah kemalangan akan meningkat pada musim-musim perayaan.

Isi-isi: faktor-faktor berlakunya kemalangan jalan raya
  • Kecuaian dan kelalaian pemandu – contohnya memandu dalam keadaan  mengantuk, letih, mabuk dan lain-lain.
  • Sikap ego pemandu – memandu melebihi had laju, memotong di tempat yang bahaya, menggunakan telefon semasa memandu, dan lain-lain.
  • Keadaan kenderaan yang kurang baik – contohnya keadaan tayar yang sudah haus (tidak berbunga), brek yang tidak berfungsi, dan lain-lain.
  • Keadaan jalan raya yang tidak baik – contohnya bengkang-bengkok, tidak rata, berlopak dan licin terutama selepas waktu hujan dan lain-lain.
  • Penguatkuasaan undang-undang yang kurang berkesan – contohnya tidak semua orang yang melakukan kesalahan dikenakan denda, terdapat juga pihak berkuasa terlibat dengan rasuah.

 Kesimpulan :
  • Sebagai pengguna jalan raya, kita perlulah lebih berhati-hati dan bersabar agar keselamatan diri kita dan pengguna lain lebih terjamin.
  • Semua pihak perlu berusaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya kerana ia bukan sahaja mengorbankan nyawa dan harta benda, malah boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.

Latihan 3
Tugasan : Cara menjaga kesihatan
Kesihatan merupakan  asas kehidupan. Tanpa kesihatan yang baik, kita tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan sempurna.
            Untuk menjaga kesihatan, melakukan aktiviti seperti menaiki tangga, berjalan dan melakukan kerja rumah amat digalakkan. Aktiviti seperti ini dapat mengeluarkan peluh dan sekali gus dapat mencerdaskan pemikiran kerana  ‘otak yang cerdas terletak pada badan yang sihat’.
            Selain itu, kita perlulah melakukan aktiviti aerobik atau sukan rekreasi tiga hingga lima kali seminggu seperti bermain bola sepak, berenang, mendaki dan berbasikal. Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat meningkatkan daya ketahanan badan dan terhindar daripada penyakit berbahaya. Kesihatan fizikal pula dapat dipelihara dengan melakukan regangan, tekan tubi dan angkat berat sebanyak dua kali seminggu. Senaman seperti ini mampu melancarkan perjalanan darah dalam badan.
            Kesimpulannya,  kita perlulah mengamalkan gaya hidup sihat kerana  kehidupan tidak bermakna sekalipun memiliki wang yang banyak.                                                                                                                                         
                                                                   (131 patah perkataan)
Latihan 4
langkah-langkah memupuk perpaduan dalam kalangan                        masyarakat
Tugasan: langkah-langkah memupuk perpaduan
Pendahuluan:
·         Isu perpaduan sering diperkatakan.
·         Perpaduan merupakan elemen penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.
Cadangan isi: (Langkah-langkah)
·         Kempen kesedaran pentingnya perpaduan mestilah dilaksanakan sepanjang tahun oleh pihak kerajaan, swasta dan anggota masyarakat
·         Semua pihak mesti berusaha mengelakkan pergeseran walaupun sekecil mana.
·         Generasi muda patut dibentuk sahsiah dan jati dirinya ke arah pewujudan konsep 1Malaysia.
·         Menganjurkan program-program yang memberikan peluang kepada semua kaum terlibat sama seperti gotong-royong, sukan dan rekreasi, sambutan perayaan dan sebagainya.
·         Mengemaskinikan kurikulum sekolah yang lebih menjurus ke arah perpaduan kaum.
·         Pihak berkenaan mestilah bertindak cepat dan tegas dalam membanteras kes-kes yang berunsurkan perkauman dan persengketaan antara kaum.
Penutup:
·         Bersatu teguh, bercerai roboh.
·         Semua pihak mesti berganding bahu dalam usaha meningkatkan dan mengekalkan semangat perpaduan kaum di negra kita agar kita dapat hidup dalam suasana aman dan damai.










Latihan 5
langkah-langkah  menangani  vandalisme  dalam  kalangan   masyarakat
Tugasan  : langkah-langkah  menangani  vandalisme 
Pendahuluan:
·         Vandalisme  bermaksud merosakkan harta benda awam
- contoh tandas awam, kemudahan permainan kanak-kanak, telefon awam  
 Cadangan isi:
1.Orang ramai menggunakan telefon awam dengan bertanggungjawab  - menjaga harta awam seperti milik sendiri – guna dengan cermat
2. pemantauan oleh pihak berkuasa – orang ramai melaporkan kegiatan vandalisme  kepada pihak berkuasa
3. mengenakan tindakan undang-undang yang tegas kepada pesalah-pesalah vandelisme
4.memberikan panduan penggunaan kemudahan awam yang jelas- pengguna dapat menggunakan kemudahan awam dengan sebaik-baiknya
Penutup:
Semua pihak bertanggungjawab menjaga  kemudahan awam dengan baik demi kepentingan bersama



Latihan 6
Tugasan : punca-punca kemalangan jalan raya
Contoh karangan
 Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai angka kematian yang tinggi akibat kemalanganjalan raya.

             Punca pertama ialah kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri ketika menggunakan jalan raya. Contohnya memandu dalam keadaan mabuk dan mengantuk. Jadi, kemalangan mudah berlaku akibat kecuaian mereka ini.

            Selain itu, kemalangan juga disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak baik. Biasanya jalan raya menjadi lebih bahaya ketika waktu hujan turun kerana air hujan menyebabkan jalan raya menjadi lebih licin lalu sukar untuk dikawal jika pemandunya tidak berhati-hati.

            Malah, ada pihak yang menyalahkan pemandu baru yang menyebabkan kemalangan terus menerus berlaku di negara ini. Golongan muda juga diselar kerana mereka biasanya suka memandu dengan bahaya dan laju.

             Kesimpulannya, kita harus sedar bahawa nilai nyawa manusia begitu berharga. Pandu cermat jika selamat.
                                                                                          (124 patah perkataan)

No comments:

Post a Comment